Tuesday, November 30, 2010

~ dengki itu satu penyakit ~

Haa.. sebagai manusia biase, maybe kite sume tak terlepas dari perasaan ini kan?? so, mari laa kite bace sedikit information kat bawah ney bersame yee.. supaya bole dijadikan iktibar di samping dapat menambah pengetahuan kite.. :))

Bismilahhirrahmanirrahim..

Hidup kita, apabila diberi nikmat bahagia oleh ALLAh SWT, kita pasti gembira. Syukur. Namun, seseorang di tempat lain, merasa dengki dengan kebahagiaan kita. Pendapat anda? Saya bukan bersangka buruk. Tapi ini adalah hakikat. Seperti salah satu entri saya sebelum ini, dengki pasti ada dimana-mana.
Di mana-mana. Di hati manusia.
Kita muhasabah diri sama-sama. Adakah diri kita salah seorang yang mempunyai perasaan dengki kepada orang lain? Dengki dengan kejayaan orang lain. Dengki dengan kebahagiaan orang lain. Pendek kata, dengki buruk dengan hidup orang lain.
Bagi anda, seronokkah perasaan sebegini? Jawapan saya, tidak.

Dengki Penyakit Merbahaya

Kenapa saya katakan perasaan dengki itu sangat bahaya? Sebab, orang yang membawa perasaan dengki ini ialah seseorang yang tidak tenang kehidupannya. Ketidaktenangan itu datang sebagai akibat perasaannya yang tidak senang melihat kegembiraan hidup orang lain. Kasihan, bukan.
Orang yang pendengki ini sebenarnya tengah sakit. Perasaan itu dia lahirkan sendiri, dan sebenarnya dirinya sendiri juga yang terseksa menahan resah kedengkian apabila melihat orang lain. Dan apa yang paling teruk lagi sebenarnya dirinya sendiri pun tidak tahu kenapa dia perlu merasa dengki kepada orang lain yang tidak pernah membuat kesalahan kepadanya. Kecelaruan peribadi, mungkin.
Faedah bagi orang pendengki. Nak tahu?
Kesedihan, keresahan, kegelisahan, dan kekacauan fikiran menjadi darah dagingnya. Orang-orang seperti ini hanya menyeksa jiwa dan raga dengan memandang kedengkian dari kejauhan orang lain.
Saya bercakap mengenai dengki disini. Iaitu dengki terhadap orang lain dan menginginkan kejatuhan buat orang tersebut. Dan dengki dalam pelajaran, bukan seperti dengki ini. Berbeza. Anda faham? Senyum.
Anda nampak? Perasaan dengki yang macam ini sebenarnya membunuh perasaan ketenangan yang sudah menjadi fitrah dalam diri manusia. Kegembiraan dan ketenangan tiada lagi. Sebagai akibat dari perasaan hasad dengki yang buruk tersebut. Kalau ada pun kegembiraan itu, hanyalah gembira kerana melihat orang yang dia dengki jatuh tersungkur.
Elokkah perangai begini? Saya kata, tidak. Amat jelik sekali.

Pendengki Sebenarnya Memusuhi ALLAh

Memusuhi ALLAh? MashaALLAh. Ada yang beranikah~?
Ada, iaitu pendengki. Kenapa?
Manusia yang macam ni nampaknya seperti hendak memusuhi ALLAh. Sebab, dia tidak redha dengan apa yang telah ditakdirkan oleh ALLAh akan dirinya dan orang lain yang lebih baik kehidupannya dari dia sendiri. Dalam tidak sedar, sebenarnya dia merasakan bahawa ALLAh itu tidak adil dalam memberikan hak kepadanya.
Senyum. Hak. Layakkah manusia menuntut hak dari ALLAh?
Bukankah manusia diciptakan dengan rezeki masing-masing di dunia. Mengapa perlu ada perasaan dengki kepada orang lain? Rezeki itu sentiasa ada, cuma manusia yang perlu untuk mencapainya. Maka, apabila anda merasa anda hendak memperbaiki kehidupan, berusaha sedaya mampu anda untuk melakukannya.
Hendak mencabar ALLAh? Jangan.
Perasaan dengki hanya akan menghilangkan pahala dan mendatangkan dosa. Dan amat rugi manusia yang sentiasa melakukan dosa tanpa ada perasaan ingin menambahkan pahala.

Orang Pendengki Membunuh Diri Sendiri

Baik. Perumpaan manusia bagi saya, yang bersifat hasad dengki terhadap kesenangan dan kebahagian orang lain itu sebenarnya ialah hendak membunuh diri sendiri. Sudah menyeksa diri sendiri, akhirnya membunuh diri pulak.
Bahagia? Derita!
Saya umpamakan manusia pendengki seperti ini ; Dia memasak air disebuah bekas yang besar. Lalu apabila air tersebut mendidih, maka dia sendiri terjun ke dalamnya. Dan akhirnya, yang melecur dan mati adalah dirinya sendiri.
Bukankah tindakan seperti ini tindakan yang ‘kurang pandai’?
Maka begitulah sifat hasad dengki yang kalau manusia tidak merawatnya, sudah tentu manusia itu sendiri akan mati menderita oleh perasaan tersebut.
Kenapa muncul perasaan seperti ini didalam hati manusia? Kerana kurangnya sifat sabar. Dan tidak senang melihat kebahagiaan saudaranya sendiri. Hal ini kerana, dia juga ingin merasakan kehidupan yang lebih baik seperti orang lain tetapi dalam sedar atau tidak, sebenarnya dia tidak mampu.
Makanya, redhalah dengan qadak dan qadar. Tetapi, menerima suratan takdir tidak bererti tidak perlu berusaha. Ada takdir anda sebagai manusia yang boleh diubah dengan usaha, doa dan tawakkal kepada ALLAh.
ALLAh itu sebenarnya sudah membuka jalan untuk manusia. Tapi seringkali manusia ingin memasuki jalan yang tertutup dan akhirnya, manusia itu sendiri yang tersesat.
Degil!

Mari, Kita Bersama Muhasabah Diri

Ini adalah peringatan yang lebih-lebih untuk diri saya sendiri terutamanya. Dan sekiranya bermanfaat, anda sebagai sahabat pembaca blog ini sendiri yang dapat menilainya.
Saya doa, moga saya dan anda semua terlindung dari sifat dengki yang seperti ini. Kerana, tiada kesudahan yang baik bagi manusia yang memelihara hasad dan dengki didalam hatinya. Melainkan kerugian yang besar buat diri sendiri.
ALLAh tidak meredhai manusia seperti ini.
Perubahan itu satu kemestian. Dan kemestian itu tiada istilah terlambat didalamnya. Saya sendiri hendak memperbaiki diri sendir setiap hari, maka kalau sahabat semua bersama saya, mari kita melangkah bersama-sama.
Dan pinta saya, jangan lupa doakan saya, sekali keluarga saya. Barakallahu lakum~
Semoga ALLAh merahmati.

Saturday, November 27, 2010

~ HAHAHA ~

hahahah.. aku pelik laa kan.. ade jugak orang yang care gilee kat aku ney.. famous jugak aku ney kan?? aku rase, aku tade laa pulak nak naek atas stage semata2 nak announce kat semua orang, siapa aku.. hahaha.. terima kasih laa kepada sesiapa yang telah 'mem' famouskan diri ini.. tetibe rase macam terharu.. bahhaaha.. kelakar jugak aku dengan manusia macam ini.. sampai rambut aku pon dia nak pertikaikan.. apahal sehh? KARAT?? dai dengan extension pon tatau beza?? memang KOLOT laa orang macam ney.. uppss ! lupe.. diaorang ney kan orang 'baik'.. mane laa nak tahu benda2 macam ney.. hahaha.. sangat ketinggalan zaman.. ngee.. tapi, yang aku tersangat pelik, bapak aku pon tak bising rambut aku nak karat ka, nak macam singa ka kan, tapi dia?? punya laa tak puas hati dengan aku.. aku tatau ape yang aku dah buat sampai diaorang tak puas hati.. korang jeles ka hah?? takan laa kot.. hahaha.. aku tatau laa nape tah diaorang ney 'over' sibok.. nape ek ade terjadi nya orang macam ney?? ermm, kurang kasih sayang kot.. hahaa.. tahu laa dia tu USTAZ / USTAZAH ( ape2 jelaa kan ) .. haishh.. sekarang ney, orang 'baik' macam ney pon dah jadi macam orang 'jahat' macam aku taw.. hahah.. cakap aku kaki ngumpat.. padahal dia tak sedar yang dia tengah mengumpat aku.. hahah.. kalau aku nak mengumpat, memang normal laa.. sebab, aku kan 'jahat'.. hahahah.. tapi, kalau yang 'baik' pon 2x5, ape cerita?? heee.. memang sangat kelakar.. haa ! nak tahu tak.. dia cakap aku cun taw ! hahah.. terima kasih laa sebab puji aku.. ngee.. ney semua pemberian TUHAN.. dan aku hanya meminjam.. tak lebih dari itu.. maaf laa aku tak puji kau balik.. bhahaha.. dan lagi satu.. tak payah laa kau nak dok nasihatkan aku.. aku tahu ape yang aku buat.. kalau aku jahat pon, aku tak susahkan kau kan?? (kau yang menyemakkkan diri kau dalam hidup aku.. so, renung2kan laa okey..) itu hal aku, kau tade hak nak masuk campur.. aku mintak sangat, kau tengok laa diri kau tu dulu okeyy.. 'orang yang baik mestilah menjaga adabnya dengan orang lain supaya kebaikannya tidak disalah ertikan'.. chill ya USTAZ/AH.. :D

Wednesday, November 24, 2010

~ happy eid ~

.. hohoh .. sgt pendeq nyaa sayee .. hahaa ..

.. with my lovely aby ..

.. diya and dinie ..

semalam.. aku rase seronok sangat.. tengs to aby, dinie and diya.. sebab, dyowg ney bawak aku pergi jenjalan.. ktowg pergi FRIM taw.. maklum laa..aku tak pernah pergi tempat2 cam ney.. coz kat tempat aku, susah sikit nak jumpe tempat yang nyaman gilee cam ue.. hehehe.. kat FRIM ade macam2 benda yg aku tatau.. kat situ ade air terjun, sekolah, padang bola, masjid and macam2 lagi laa.. ktowg cmpai situ pon lebih kurang pukul 6 petang.. lewat kan? yelaa.. pas dyowg amek aku kat umaah, ktowg lepak mamak dulu.. hahah.. kasi kenyang ini perut.. ngee.. pas makan, ktowg pergi maen snooker plax.. sempat pulak tu kan? hahaa.. abeh jak maen snooker, baru laa ktowg gerak ke FRIM.. pas parking jak kereta, ktowg berjalan naek cmpai atas kowt.. nak crik 'da' besh air terjun punya pasal.. dah naek 'krem' kaki aku ney haa.. hahah.. bile dah sampai tempat yang di tuju, ktowg maen laa air dy.. perghh ! sejuk gilee oww.. heehe.. besh sgtsgt.. kat tempat ue arn, aku rasa tenang sgt.. pokok sikit punye besar.. hee.. nyaman pon nyaman.. ermm, selesa laa.. dalam pukul 7 petang, ktowg turun untuk balik.. sebab, penduduk yg tinggal kat FRIM ney akan masuk rumah sebelum pukul 7 petang.. hmm, tempat tu keras katanya.. seram pulak aku dengar.. huhuh.. sebelum balik, ktowg sempat laa snap beberapa keping gmbar, tok dijadikan kenangan.. cewaahh ! pas tu, ktowg p minum plax kat 'Q' Bistro.. dahaga kowt time ue.. hahah.. lame gak ktowg lepak situ.. macam2 cerita, ktowg kongsi kan.. heehe.. ngah syok2 bercerita, tibe2 plax ujan turun.. ktowg pon ape lagi..gerak laa.. kalau ujan tak turun, ktowg masih melangok lagi laa kowt kat situ.. hahaha.. pas tu, ktowg terus pergi MAS AIRLINES sebab nak ambil kereta diya yg dy tinggal kan kat situ.. huhuh.. bile dah hantar diya balik umah, aku, aby aku and dinie balik ke gombak.. sebelum depa hantar aku balik, sempat plax tu ktowg pergi makan lagi.. hahah.. pas tu, baru laa aku dapat jejak kan kaki aku kat umah.. hehee.. besh sgtsgt.. aku agak enjoy laa sehh.. bile pergi situ, boleh lupe sekejap segala masalah yg aku tanggung.. tengs sume because make me happy during that day.. :))

Sunday, November 21, 2010

~ PERTOLONGAN YANG TIDAK IKHLAS ~


hurmm.. MANUSIA.. biasa laa.. RAMBUT SAMA HITAM... hati laen2.. so, aku tanak laa mention sesapa kat sini.. kalau you all ade rase you all berperangai macam ney.. fikir2 laa balik yee.. kadang2 aku tak faham dengan orang yang macam neyy.. pon ade kan kat dunia neyy ??

ermm.. patut ker kita tolong orang tu kalau pada akhirnya kita akan ungkit segala pertolongan kita ?? tak patut kan.. kalau setakat kita nak tunjuk baik and nak bagi orang tahu yang kita nehh baik, rasa nya, baik tak payah tolong kot.. buat sakit hati orang jee.. yelaa.. aku tahu, aku tak kaya MACAM KAU.. aku tak pandai MACAM KAU.. aku tak peramah MACAM KAU.. aku tak 'BAIK' MACAM KAU.. aku tak 'ALIM' MACAM KAU.. aku tak reti nak MENYINDIR ORANG, MACAM KAU.. entah laa.. DULU.. aku rasa kau seorang KAWAN yang baik, prihatin, ambil berat terhadap kawan2 yang lern and macam2 lagi laa.. tapi.. semua tu BERUBAH bila aku mula mengenali SIAPA KAU YANG SEBENAR !! kenapa kau macam neyy haa?? suka sangat menyindir orang.. kalau rasa2 kita org neyh menyusahkan hidup kau, kenapa kau tak cakap depan2?? kenapa mesty nak menyindir ?? kau tahu tak, dengan cara kau yang MACAM TU, percaya laa, banyak hati yang kau dah sakiti.. yelaa.. KAU jee SATU DALAM SERIBU yang perfect kan ?? kau tade kekurangan pon kan ?? lagi.. kau nak suruh aku cakap ape lagi ?? tapi.. ingat laa.. TUHAN tu MAHA ADIL.. jangan sampai KAU MENANGIS bila kau diuji nanti.. yang penting tengok diri kita dulu.. jangan laa mempunyai fikiran yang kita neyy dah cukup BAGOSS ! aku tahu aku pun tak ade laa baik mana.. tapi aku sedar, siapa diri aku.. and one more things, kalau kita berbaik dengan orang, tak payah laa nak cerita dekat satu dunia yang kita neyy baik.. ORANG YANG IKHLAS TIDAK AKAN MENUNJUKKAN DIRINYA IKHLAS.. MALAH.. ORANG LAIN YANG AKAN TAHU KEIKHLASANNYA..


"Kawan yang baik tak pernah mengumpat
di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu
dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang
paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan"



Saturday, November 20, 2010

~ inner voice ~

Tiada siapa yang tahu duka apakah yang tersimpan di sebalik keayuan dan kemanisan wajah itu...
Tiada siapa pun yang mengerti untuk apa dia terus memendam derita itu...
Tiada siapa pun yang dapat menduga betapa beratnya beban yang terpaksa ditanggung oleh jiwanya saat itu...
Namun hakikat itulah yang terpaksa didakapnya selepas suma itu terjadi...
Cuma hanya seorang hamba Alllah yang mengetahui segala kekusutan itu...
Dan yang kuat untuk lalui segalanya besama-sama...

~ buat mu sayangg ~

KASIH...
saat bicaramu tertikam ke sukmaku,
terasa bagai salju mengucup pipi,
lembut dan begitu mengasyikkan,
membuai semangatku teguh,
berdiri dilandasan hidup...

saat malam merantai segala kegembiraan,
dirimu hadir dalam senyuman,
perlahan berlalu lantas membisikkan kalimat itu,
betapa ku sayang padamu hingga ke akhir hayatku,
merinduimu tiap ketika,
biar mentari dan langit tak lagi bersatu,
biar bulan dan bintang tak lagi berkata-kata...

"sayangku terlalu banyak seperti air laut
dan tak pernah berhenti menyayangimu, mencintaimu dan merinduimu seperti ombak..
walaupun kita jauh.. kita tetap berkongsi bulan yang sama..."

* terima kasih kerana engkau telah menceriakan hidupku sehingga aku mengecapi kebahagiaan yang selama ini aku nantikan.. always love you sayangg.. *

~ haishh.. entah laa.. ~

~ kawan ~

Sunday, November 14, 2010

~ Takdir Hidupku ~

Tuhan,

Pernah hati ini kecewa.. 
Pernah hati ini menangis.. 

Takut..  
Bimbang.. 
Akan hal duniawi.. 
Apatah lagi akhirat abadi..

Tuhan,

Tohmahan fitnah.. 
Caci maki.. 
Mainan dunia yang sukar dilepaskan..

Namun,

Tidak sesekali buatku berpaling..
Malah bertambah yakin.. 
Akan kehebatan MU..
bahawa..

Tiada yang Maha Mengetahui selain MU.. 
Akan kebenaran yang pastinya KAU ketahui..
Namun, 

Harusku akui..
Inilah dugaan..  
Inilah ujian..
Satu persatu aku ditunjuk..
Aku terduduk.. 
Aku tertunduk.. 
Betapa hancurnya hatiku Ya Allah..

Ya Robbul I'zzati,

Harapan ku..
cahaya MU.. 
Semoga ketenangan abadi.. 
terpancar pada diri..
Semoga ketabahan diri..
Pencetus inspirasi hidup ini..

Tuesday, November 2, 2010

~ Doa seorang kekasih seperti aku ~

Oh Tuhan..
Seandainya telah Kau catatkan,
Dia milikku,
Tercipta untuk diriku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan,
Ya ALLAH..
Aku mohon..
Apa yang telah Kau takdirkan..
Ku harap Dia adalah yang terbaik buatku..
Kerana aku mencintainya dengan Jujur..
Tulus..
dan Ikhlas ..
♥♥♥♥♥

~ Nukilan Cinta ~

Jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

Jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

Jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

Jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji.. 

Jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih.. 

Jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu.. 

Jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian.. 

Wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana TUHAN..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman.. 

Wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan TUHAN.. 

Wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah TUHAN..

Wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji TUHAN..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..





~ Jika aku jatuh cinta ~

Ya Rabbi…
Jika aku jatuh cinta
aku mohon kepadamu
sirami hatiku dengan kasihMU
yang tak terbatas.. 

Ya Rahman...
Jika aku jatuh cinta pada makhlukMU,
aku mohon kepadaMU,
Jangan biarkan cintaku
padaMU berkurang
hingga aku lalai pada zatMU..

Ya Rahim...
Jika aku jatuh cinta,
temukan aku dengan seorang yang
hatinya rindu pada kasihMU
dan aku semakin kagum
dengan kewujudanMU..

Ya Aziz...
Jika aku jatuh cinta,
Jangan palingkan wajahMU,
aku perlukan RahmanMU,
aku perlukan RahimMU,
aku perlukan RahmatMU..

Ya Jabbar...
Jika aku jatuh cinta,
anugerahkan cintaMU
yang abadi,
itulah matlamat hidupku..

~ Mencari yang indah ~



Merenung memandang mencari yang indah
bukan hendaknya fatamorgana
tetapi sesuatu yang bisa..
..menenangkan
..mengujakan
setelah perginya dia..
tanpa belas senyuman
tanpa toleh kerdipan

Senyum ku tak mampu lagi lirikannya
tiada nyaman padanya
tiada jiwa dalamnya
bagai kosong tiada manis
asa ku membentuk jua
demi yang sesuatu..

dan maha sesungguhnya..
akan terus ku hiburkan kalian
memahat suka sembunyi hati duka
.. yang luka
.. yang sepi
.. yang malap

terimalah seadanya aku
.. teman mu
.. sahabat mu
usah ada benci bencana
cukuplah... usah lagi..
...usah lagi...


~ Bicara manis menghiris kalbu ~

Satu per satu teman
Ada disekeliling mu
Satu per satu lah jua
Tinggalkan diri mu
Cumalah aku sahaja
Yang masih lagi bertahan
Memendam rasa..

Bulan madu yang indah
Sudah sampai kehujungnya
Engkau pun mula berubah
Dan beralih arah
Kata-kata manis
Tiada lagi ku dengar
Hidup ku pula makin tawar

Tiap bicara manis
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa
Tak terlihat oleh pandangan
Mata mu

Tiap bicara manis
Memujuk dan merayu ku
Tak usah berlalu
Dan merajuk bawa hati pilu

Keikhlasan hati ku
Bukanlah untuk di balas
Cukuplah sekadar
Jadi kenangan waktu berjauhan

Andai sudah tiba masa
Dan tiada jodoh kita
Biar kita berpisah…
Dari merana..

~ Di sini ku berjanji ~

Di sini ku berjanji
Setia ke akhir nanti
Berhias ceria atau bias duka
Engkau tetap ku cinta

Di taman syurga ini
Segalanya berakhir
Gugurnya cempaka
Harumnya berlalu
Dan tinggallah ku sendiri

Lagi dihina
Sedang hatiku masih terluka
Kau bukan seperti
Yang aku kenali
Waktu kita bercinta
Mengapa tak seperti dulu
Di waktu kita bercinta

Sepinya taman ini
Sunyilah lagi rintihan tangis di hati
Inginku lenyapkan
Namun di kejernihan air
Wajahmu ku terbayang

Tak percaya... kau
Berubah sekelip mata
Benarku bagimu salah
Mungkin alasan semata
Takkan cinta
Hadirnya sekilas cuma
Yakin ku di sudut hati
Aku masih kau cintai

Mengapa tak seperti... dulu
Di waktu kita bercinta
Sepinya taman ini
Sunyilah lagi rintihan tangis di hati
Inginku lenyapkan
Namun di kejernihan air
Wajahmu ku terbayang...

~ sucikanlah hatinya ~

Ya Allah.. 

Tetapkanlah hatinya, 
Perluaskanlah rezekinya,
Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
Jauhkanlah hatinya dari kejahatan,
Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat. 

Ya Muhaimin..

Jika dia jatuh hati,
izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh di dalam jurang cinta...

AMINN YAA RABBALA'LAMINN.. 


Monday, November 1, 2010

~ WANITA ~


Kau digelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan sahaja dirindui yang biasa
malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yang rapuh


kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat di bahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi


engkaulah wanita hiasan duniawi
mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk
didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa
sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

~ 10 jenis kekejaman ~

Sufyan At-Sauri berkata : “ Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1.Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum Muslimin.
2.Seorang yang pandai membaca Al-Quran , tetapi tiap harinya tidak sembahyang dua rakaat.
3.Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5.Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6.Seorang yang di daerahnya didatangi oleh orang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7.Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8.Seorang yang di undang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya      lapar, tetapi tidak memberikannya makanan


~ Adam, mengerti lah.. ~

Adam,mengertilah…
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas…
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri.. 


Adam,mengertilah…
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia…
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan…
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini.. 


Adam,mengertilah…
Hawa ini berjiwa lembut…
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta…
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat…
namun, Hawa lemah…
Hawa takut zina hati… 


Adam,mengertilah…
setiap kali ’sms’ diterima..
Hawa keliru…
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat…
Hawa tewas…
Hawa reply juga…
mengenangkan Adam adalah sahabat…. 


Adam,mengertilah…
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan.. 


Adam,mengertilah…
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah ‘couple’ yg Hawa pinta…
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya… 


Adam,mengertilah…

~ salahkah wanita tak tahu memasak ?? ~

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. “Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
  
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. “Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa ‘queen control’. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

~ hanya kerana cinta ~

Keadaan kita memang sukar..
Bukan kerana cinta yang menghalang..
Walaupun terpaksa kita berpisah..
Namun hanya untuk seketika saja..
 
Tak pernah lepas dari cobaan..
Dalam perjalann prcintaan..
Tapi ku relakan cnta ku untukmu..
Yakin pada tulusnya kasihmu..
 
Hanya kerana cintaku melangkah jauh..
Sanggup menyepi mencari ilhamku..
Tak ada yang lebih dari itu..
 
Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah..
Mengharapkan belas maaf dari mu..
Tak ada yang lebih..
Tak ada yang lebih dari itu..
 
Bawalah aku ke dalam mimpi mu..
Agar ku dapat bersama mu..
Walaupun hanya sementara..
Sentuhan mu indah..

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh..

~~~ Khas buat sang kekasih..  :))

~ YA ALLAH YA TUHAN KU ~


Hati ku masih mencari jalan yang bersinar untuk ku lalui pada hari esok...YA ALLAH temukan aku dengan cahaya hidayah MU selagi ku masih bernafas.. Indahnya hidup di dunia ini jika bersulamkan dengan keimanan.. YA ALLAH.. lembutkan hati ku supaya aku redha dengan segala yang Kau tetapkan untukku di dunia & di akhirat.. Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.. 

~ forever be my besties ~

aku dan fyza bucukk ! :))
.K.A.M.I.

~ kawan2 ku yang sengal2 ubi ~  :))

~ always be my besties ~

huwaaa !! rindu gilakk sama kamoo orang.. huhuh.. haa.. dyowg ney pulak merupakan KAWAN SELAMANYA aku.. hehee.. kami di besarkan bersama2 sehingga laa menjadi seperti sekarang.. kami belajar di sekolah yang same, SEKOLAH KEBANGSAAN DESA CEMERLANG.. banyak gilee kenangan kami mase ney.. hahah.. mase ney, masing2 selengee jak.. muke seposen laa.. tak boleh blahh ! kelakar gilee.. semua pakat2 takut cikgu.. wahahaha.. kami laa tu.. kami habes kan sekolah sama2, sampai laa darjah 6.. kemudian, kami melangkah ke SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA CEMERLANG.. alaaa... tak jaoh pon.. sebelah sekolah kebangsaan jak.. hahaha.. mase ney, masing2 tak nak pindah sekolah.. tak nak berpisah laa konon nyee.. semua nak sama2.. bile naek jak sekolah ney, perangai masing2 dah berubah.. kalau kepada yang baek tapee laa.. nehh, jadi setan.. hahahah.. AGAS ! budak baru nak naek laa kata kan.. hmm, perkara biasa laa tu.. macam2 kes adee.. ade yang gadoh maen tarik2 tudung laa.. maen simbah sambal kat baju laa.. habess merah baju orang tu.. gadoh sampai nak baling kerusi meja laa.. gadoh disebabkan blender laa.. sampai pindah sekolah budak tu.. kesian.. dokk buli cikgu.. sampai cikgu tu menangis dan minta di pindahkan ke sekolah laen.. entah ape2.. bile ingat balik, banyak betul dosa yang kami dah buat.. macam bodoh pon ade gakk.. tapi nak buat macam mane kan.. lalalalaala.. bile naek jak form 3, kami pulun laa study bagai nak rakk.. maklum laa.. nak PMR.. hahahha.. bilee nak exam, baru laa sibok2 carik buku.. setelah exam PMR tamat, sementara menunggu keputusan, kami macam biase laa.. dokk huuhaa2 sane sini.. huhuhu.. tup2 ! result PMR pon kuar.. kami pergi laa sekolah sama2 sebab nak ambil keputusan.. alih2, tengok keputusan kami, lebih kurang same jak.. heheh.. dia orang semua pindah ke sekolah laen.. yang tinggal kat sekolah tu, just aku dan hafizah.. tinggal laa kami berdua terkontang-kanting sendirian di sekolah.. maklum laa.. orang daa pikir mase depan laa tu.. ( kononnye ) heehhe.. tapi, sebelum meninggalkan kami berdua, mereka berjanji bahawa KAMI, KAWAN SELAMANYA ! aku dan hafizah meneruskan pembelajaran kami di sekolah yang same.. tidak merantau ke mane2 pon.. hehehe.. kami belajar pon di dalam class yang same.. so, ke mana2 pon, kami bersama laa.. huhuhu.. sehingga laa kami tamat form 5.. bilee dapat tawaran belajar, kami ambil jee.. aku di KL.. hafizah di BP.. fadzlie, adil dan iskandar di JB.. todd, najib dan akbar di MELAKA.. aku laa yang paling jaoh merantau setakat ney.. hehee.. walaupun jaoh, kami tak pernah lost contact.. apabila kami balik ke JB, kami akan berjumpe.. keluar jalan2.. lepak2.. meluangkan masa bersama.. even busy, kami tetap akan berjumpe.. sekejap pon jadi laa.. orang kate, dah alang2 balik JB kan, jumpe laa sekejap.. dia orang ney laa yang selalu buat aku happy.. aku tak kan pernah rase sunyi or sedih kalau bersama dia orang.. memang tak berhenti gelak punyee laa.. kompom ! hahah.. SAYANG KAU ORANG LAA BABE !! mereka merupakan kawan terbaek yang pernah aku jumpe.. KAWAN SELAMANYA..  :)