Monday, November 1, 2010

~ 10 jenis kekejaman ~

Sufyan At-Sauri berkata : “ Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1.Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum Muslimin.
2.Seorang yang pandai membaca Al-Quran , tetapi tiap harinya tidak sembahyang dua rakaat.
3.Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5.Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6.Seorang yang di daerahnya didatangi oleh orang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7.Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8.Seorang yang di undang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya      lapar, tetapi tidak memberikannya makanan


No comments:

Post a Comment