Sunday, October 24, 2010

~ semoga tenang di sanaa ~

.. isteri kesayangan atok onyang ku ( nekk onyang ) ..
di pagi yang hening lagi mendamaikan, dengan tarikh 23hb october 2010, moyang ku telah pergi buat selama-lamanyaa untuk mengadap Tuhan yang Maha Esa.. beliau meninggal kan aku tanpa sepatah kata dan juga tanpa aku sempat menatap wajah nya untuk yang terakhir kali.. aku tidak berpeluang untuk mencium dahi beliau sebelum jasad nya terkubur.. aku tidak mempunyai peluang untuk mengiringi beliau ke tanah perkuburan seperti mana keluarga ku yang lain mempunyai peluang tersebut.. aku tidak dapat bersamanya di waktu2 akhir beliau di dunia ini.. timbul rasa kesal di lubuk hati ku kerana tidak pulang ke kampung halaman.. benar belaka kata orang.. menyesal kemudian, tiada lah guna nya lagi.. aku diberitahu bahawa, kesemua ahli keluarga ku mengiringi beliau ke tanah perkuburan.. cuma, aku.. ayah ku .. dan pakcik ku sahaja yang tidak dapat sama2 mengiringi beliau.. aku berasa sangat bersalah kerana tidak dapat meluangkan masa semasa jasad nya masih lagi di dunia.. ayah ku bekerja dan tidak dibenarkan untuk bercuti.. manakala pakcik ku pula berada di perak atas urusan kerja.. kami hanya mampu membacakan Al-Fatihah kepada nya.. sepanjang hayat beliau, beliau merupakan seorang yang sangat kuat dan rajin bekerja.. beliau seorang yang baik hati dan pemurah.. beliau tidak pernah berputus asa untuk memberikan kesenangan kepada anak2nya.. beliau langsung tidak mengendahkan tentang kesihatannya.. yang penting baginya adalah, anak, cucu dan cicit nya.. sehingga lah anak, cucu dan cicit nya kini menjadi orang yang sangat berjaya.. beliau juga seorang yang penyayang dan mempunyai sifat kesabaran yang sangat tinggi.. beliau terus dan terus berbakti kepada keluarga sehingga ke akhir hayat nya.. kini..... tinggal lah isteri kesayangannya seorang diri, meratapi pemergiannya.. " nurul harap nenek tabah menghadapi ujian ini yaa.. nurul sentiase mendoakan kesejahteraan nenek "..  ~ perginyaa moyang yang sangat dikasihi ~  AL-FATIHAH ..

No comments:

Post a Comment